Sunday, 27 March 2016

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya, Selangor terkenal dikalangan warga kota Lembah Klang dengan tarikan aktiviti pendakian dan rekreasi. Ini kerana Bukit Gasing mempunyai kawasan hutan hijau yang telah diwartakan sebagai hutan simpan (Hutan Pendidikan Bukit Gasing).

Hutan ini berdekatan dengan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Jadi, semasa berada di atas puncak Bukit Gasing ini pengunjung boleh menikmati pemandangan sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Aku yang menumpang di bumi Lembah Klang ini selama dua tahun baru saja berkesempatan untuk mengunjungi tempat ini. Selama ini memang aku ada terlintas untuk mencuba menerokai hutan ini tetapi kekangan masa menjadi penghalang.

Semasa sampai di pintu masuk ke hutan ini memang ramai orang yang telah berkumpul untuk memulakan objektif mereka. Disebabkan aku baru pertama kali nak menawan Bukit Gasing ini, maka aku hanya mengikut saja kumpulan lain yang memulakan perjalanan bersama aku. Memang menarik tempat ni, antara tarikan yang ada ialah taman rekreasi, jambatan gantung, air terjun dan pemandangan yang cantik.