Monday, 27 January 2014

Lata Iskandar



Lata Iskandar adalah air terjun di sepanjang jalan utama dari Tapah ke Cameron Highlands, terletak kira-kira 25km sebelum Ringlet. Aku singgah sini sebab adik aku pening kepala semasa perjalanan turun dari Cameron Highland.


Pemandangan di sini memang memukau tapi aku tak merasa mandi di sini sebab hanya singgah je untuk hilangkan pening adik aku. Berdekatan air terjun ni ada banyak juga kedai-kedai menjual makanan dan barangan cenderahati.


Disebabkan tak mandi, keluarga aku hanya bergambar sajalah. Lepas bergambar aku sambung balik perjalanan turun untuk balik.





Thursday, 23 January 2014

Pegawai Sains (Forensik) Gred C41


Alhamdulillah, lepas 3 tahun mencuba temuduga, pemeriksaan fizikal dan peperiksaan bertulis untuk menjadi seorang pekerja kerajaan, akhirnya aku dapat tawaran sebagai pegawai sains (forensik) gred c41.

Dalam 3 tahun lepas, semua peringkat kelayakan aku pernah cuba untuk menjadi seorang pekerja kerajaan daripada lepasan spm sampai ke lepasan ijazah, tapi belum pernah berjaya melainkan yang terbaru aku pergi temuduga untuk jawatan ni pada bulan disember 2013.

Jawatan pertama aku dipanggil SPA ialah pegawai antidadah. Untuk jawatan ni ade peperiksaan bertulis tapi aku tak berjaya. Lepas tu aku pernah dapat ujian fizikal untuk inspektor polis, tapi tak dapat sebab sarjan dengan pegawai tu cakap tangan aku bengkok dan lutut aku berlaga. Banyak lagi jawatan yang aku cuba untuk SPA tapi semuanya gagal.

Masa dapat tahu aku berjaya temuduga pegawai sains (forensik) ni gembira dan bersyukur tak terhingga aku. Betullah apa yang pernah aku dengar yang rezeki Allah tu ada untuk setiap orang cuma bila masanya tidak diketahui.