Saturday, 14 September 2013

16 September


Apakah yang menarik tentang 16 September? Di Malaysia tarikh ini sangat bermakna kerana pada hari ini Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi dan Malaysia telah mengangkat tarikh ini sebagai HARI MALAYSIA.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

16 September 2013 mungkin sedikit bermakna bagi kita apabila pasukan bola sepak kebangsaan yang diberi olokan HARIMAU MUDA berjaya merampas kembali trofi Pestabola Merdeka yang diadakan di Kuantan pada tahun ini bersempena dengan kemerdekaan negara kita. 

Wednesday, 8 May 2013

Pasca PRU13



PRU13 telah pun melabuhkan tirai dan pemenang telah pun membentuk pasukan mereka untuk meneruskan misi memenuhi manifesto yang dilancar sebelum PRU13 berlangsung. Namun, masih kencang angin tsunami PRU13 yang menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia dalam media arus perdana.  

Bagi aku, barang yang lepas usah dikenang. Terimalah keputusan itu dengan redha dan rencanalah perancangan baru untuk membangunkan negara. Siapa pun yang menang kita doakan mereka dapat memacu negara kita ke arah yang cemerlang. Bagi yang kalah, ikhlaskanlah diri menegur pemenang yang memacu jentera kerajaan baru jika ada sebarang keraguan yang boleh menjatuhkan negara atau menyebabkan kacau-bilau.

Ini hanya pada pendapat aku saja. Aku rasa setiap orang ada pandangan sendiri. Sudilah kamu semua berkongsi pendapat di sini.

Monday, 6 May 2013

PEMBUKAAN




Salam semua. Pertama, aku ingin meminta keizinan dari otai-otai blogger untuk aku menceburi dunia blogging ini. Diharapkan kamu semua dapat memberikan tunjuk ajar jika tiada keberatan. Seterusnya, aku sebagai orang baru mengharapkan kepada semua dapatlah menyokong penglibatan aku ini.

Sebenarnya aku tak tahu ape nak cakap tapi aku cakap saja apa yang terlintas dalam fikiran aku ketika ini.
Aku dapat ilham untuk ceburi blogging semasa sedang uruskan pelaburan aku pagi tadi.

Aku pun tak tahu nak goreng apa lagi. So aku harap kedatangan aku dalam dunia blogging akan memeriahkan lagi arena ini.