Thursday, 27 July 2023

G6PD Deficiency

Pertama kali aku dengar term ni masa kelahiran anak pertama aku. Wife aku pulak dia dah pernah dengar sebelum ni sebab adik dia pon mewarisi benda ni. So no wonder la anak aku dapat benda ni.

G6PD deficiency ni memang genetic treat dan memang pada lelaki je. Perempuan dia tak ada masalah ni sebabnya mereka lebih kepada pembawa. Maknanya dia boleh menurun ke anak-anak. Boleh jadi anak lelaki aku ada masalah ni tapi anak perempuan aku tak ada masalah ni, tapi ada kemungkinan anak perempuan aku ialah pembawa dan besar kemungkinan pada masa dia beranak anak lelaki nanti, kira cucu lelaki aku la akan ada la masalah ni.

G6PD deficiency ni dia jadi sebab kekurangan enzim G6PD (Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase). Enzim ni penting dalam sel darah merah untuk bantu fungsi sel darah merah dan juga bantu melindungi daripada bahan-bahan yang boleh merosakkan sel darah merah.

Jadi untuk yang ada masalah G6PD, sel darah merah mereka akan pecah (Hemolysis). Jika banyak sel darah merah yang pecah, dia boleh kena hemolytic anemia. Anemia ni kan kurang sel darah merah kan. Kesan dia akan sebabkan orang tu jadi penat, pening, lemah dan limpa atau hati membesar dari normal.



Sunday, 27 March 2016

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya, Selangor terkenal dikalangan warga kota Lembah Klang dengan tarikan aktiviti pendakian dan rekreasi. Ini kerana Bukit Gasing mempunyai kawasan hutan hijau yang telah diwartakan sebagai hutan simpan (Hutan Pendidikan Bukit Gasing).

Hutan ini berdekatan dengan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Jadi, semasa berada di atas puncak Bukit Gasing ini pengunjung boleh menikmati pemandangan sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Aku yang menumpang di bumi Lembah Klang ini selama dua tahun baru saja berkesempatan untuk mengunjungi tempat ini. Selama ini memang aku ada terlintas untuk mencuba menerokai hutan ini tetapi kekangan masa menjadi penghalang.

Semasa sampai di pintu masuk ke hutan ini memang ramai orang yang telah berkumpul untuk memulakan objektif mereka. Disebabkan aku baru pertama kali nak menawan Bukit Gasing ini, maka aku hanya mengikut saja kumpulan lain yang memulakan perjalanan bersama aku. Memang menarik tempat ni, antara tarikan yang ada ialah taman rekreasi, jambatan gantung, air terjun dan pemandangan yang cantik.


Monday, 27 January 2014

Lata Iskandar



Lata Iskandar adalah air terjun di sepanjang jalan utama dari Tapah ke Cameron Highlands, terletak kira-kira 25km sebelum Ringlet. Aku singgah sini sebab adik aku pening kepala semasa perjalanan turun dari Cameron Highland.


Pemandangan di sini memang memukau tapi aku tak merasa mandi di sini sebab hanya singgah je untuk hilangkan pening adik aku. Berdekatan air terjun ni ada banyak juga kedai-kedai menjual makanan dan barangan cenderahati.


Disebabkan tak mandi, keluarga aku hanya bergambar sajalah. Lepas bergambar aku sambung balik perjalanan turun untuk balik.





Thursday, 23 January 2014

Pegawai Sains (Forensik) Gred C41


Alhamdulillah, lepas 3 tahun mencuba temuduga, pemeriksaan fizikal dan peperiksaan bertulis untuk menjadi seorang pekerja kerajaan, akhirnya aku dapat tawaran sebagai pegawai sains (forensik) gred c41.

Dalam 3 tahun lepas, semua peringkat kelayakan aku pernah cuba untuk menjadi seorang pekerja kerajaan daripada lepasan spm sampai ke lepasan ijazah, tapi belum pernah berjaya melainkan yang terbaru aku pergi temuduga untuk jawatan ni pada bulan disember 2013.

Jawatan pertama aku dipanggil SPA ialah pegawai antidadah. Untuk jawatan ni ade peperiksaan bertulis tapi aku tak berjaya. Lepas tu aku pernah dapat ujian fizikal untuk inspektor polis, tapi tak dapat sebab sarjan dengan pegawai tu cakap tangan aku bengkok dan lutut aku berlaga. Banyak lagi jawatan yang aku cuba untuk SPA tapi semuanya gagal.

Masa dapat tahu aku berjaya temuduga pegawai sains (forensik) ni gembira dan bersyukur tak terhingga aku. Betullah apa yang pernah aku dengar yang rezeki Allah tu ada untuk setiap orang cuma bila masanya tidak diketahui.


Saturday, 14 September 2013

16 September


Apakah yang menarik tentang 16 September? Di Malaysia tarikh ini sangat bermakna kerana pada hari ini Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi dan Malaysia telah mengangkat tarikh ini sebagai HARI MALAYSIA.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

16 September 2013 mungkin sedikit bermakna bagi kita apabila pasukan bola sepak kebangsaan yang diberi olokan HARIMAU MUDA berjaya merampas kembali trofi Pestabola Merdeka yang diadakan di Kuantan pada tahun ini bersempena dengan kemerdekaan negara kita. 

Wednesday, 8 May 2013

Pasca PRU13



PRU13 telah pun melabuhkan tirai dan pemenang telah pun membentuk pasukan mereka untuk meneruskan misi memenuhi manifesto yang dilancar sebelum PRU13 berlangsung. Namun, masih kencang angin tsunami PRU13 yang menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia dalam media arus perdana.  

Bagi aku, barang yang lepas usah dikenang. Terimalah keputusan itu dengan redha dan rencanalah perancangan baru untuk membangunkan negara. Siapa pun yang menang kita doakan mereka dapat memacu negara kita ke arah yang cemerlang. Bagi yang kalah, ikhlaskanlah diri menegur pemenang yang memacu jentera kerajaan baru jika ada sebarang keraguan yang boleh menjatuhkan negara atau menyebabkan kacau-bilau.

Ini hanya pada pendapat aku saja. Aku rasa setiap orang ada pandangan sendiri. Sudilah kamu semua berkongsi pendapat di sini.

Monday, 6 May 2013

PEMBUKAAN




Salam semua. Pertama, aku ingin meminta keizinan dari otai-otai blogger untuk aku menceburi dunia blogging ini. Diharapkan kamu semua dapat memberikan tunjuk ajar jika tiada keberatan. Seterusnya, aku sebagai orang baru mengharapkan kepada semua dapatlah menyokong penglibatan aku ini.

Sebenarnya aku tak tahu ape nak cakap tapi aku cakap saja apa yang terlintas dalam fikiran aku ketika ini.
Aku dapat ilham untuk ceburi blogging semasa sedang uruskan pelaburan aku pagi tadi.

Aku pun tak tahu nak goreng apa lagi. So aku harap kedatangan aku dalam dunia blogging akan memeriahkan lagi arena ini.